Tadika ABS

Budaya Melayu Tinggi. Teknik Nabi. Kelab A'RAF. Melahirkan generasi yang berbudaya tinggi.

Pelajar Tadika ABS

Aktif, Bijak dan Santun.

Baik Budi

Pelajar Tadika ABS dididik supaya berbudi pekerti tinggi.

Pakaian Seragam Pelajar Lelaki Tadika ABS

Diperbuat daripada kain t-shirt. Para pelajar aktif bergerak dan kekal selesa.

Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Tadika ABS

Berlengan panjang dan diperbuat daripada kain t-shirt.

Wednesday, 1 October 2014

Tip Keibubapaan : Tip Bercakap Dengan Anak


Tip Bercakap Dengan Anak

Selepas seharian penat bekerja, kadang-kala kita terlepas pandang perkara-perkara kecil seperti ini. Apabila kita memarahi anak kecil, adakah kita sebenarnya memang ingin menasihati mereka atau sekadar ingin melepaskan geram ?

Jika kita selalu katakan begini kepada anak, hari ini kita ubah cara kita dan katakan begini pula dan lihat impaknya.

Modul Pembelajaran Pelajar 6 Tahun


Sila klik untuk paparan lebih jelas

Tip Mendorong Anak Mudah Bangun Pagi


Mendorong Anak Mudah Bangun Pagi.

Sentiasa mulakan dengan ayat tawaran. Puji secara terus apabila kebaikan dilakukan.

Di Tadika ABS, guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul. Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.

Sertai Open Play Day Tadika ABS (Kedah) 18 Oktober 2014


Hari bermain untuk ibu bapa dan anak-anak 3 tahun ke atas.

Pelbagai aktiviti permainan untuk mencungkil bakat, kebolehan dan minat anak-anak.
Berseronok dan berkawan sambil belajar!

Hebahkan dan datanglah beramai-ramai membawa anak dan sanak saudara

PERCUMA dan TERBUKA untuk semua.

3 Nilai Tawaran Di Tadika ABS Kembara Bijak


Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai :

1) Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul.


(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.)


2) Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan 'Tuan Muda' dan 'Cikpuan Muda'.


(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar lebih seronok, gembira dan bahagia.)


3) Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi usahawan yang baik akhlaknya.


(NILAI: Menyelesaikan kesukaran ibu bapa yang tidak pandai cara mengajarkan sendiri ilmu bisnes kepada anak-anak mereka.)